Education
•
December 3, 2025

Sultan Pahang Mahu MTNP Terus Unggul

18 November, Kuantan – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan agar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) terus kekal unggul menduduki tangga teratas dalam institusi maahad tahfiz bukan sahaja di negeri ini malah seluruh negara.

Baginda bertitah berkat usaha semua pihak, warga MTNP dilihat begitu komited dan berjaya mengharumkan nama instusi pendidikan berteraskan agama ini.

Menurut baginda, sehingga kini baginda terus kagum dengan setiap pencapaian yang diperoleh MTNP tersebut.

“Kejayaan terbaik di seluruh negara Malaysia ini dengan mendapat nombor satu di kalangan institusi-institusi pelajaran di seluruh Malaysia ini. Saya berharap dan berdoa supaya kita akan terus kekal di tangga nombor satu ini. Syabas pada tenaga pengajar dan juga semua anak-anak murid kita di maahad tahfiz.

“Hasrat saya menubuh maahad tahfiz ini 28 tahun yang lalu apabila mendapati pembelajaran agama di negeri ini tidaklah setanding dengan negeri lain.

“Dan antara usaha saya adalah mengambil 14 tenaga pengajar dari negara Arab dengan tajaan keluarga diraja UAE. Saya dimaklumkan daripada usaha ini pembelajaran daripada segi bahasa Arab bertambah baik sehingga kini.

“Saya harap kita dapat tingkatkan lagi usaha ini dan saya telah pun berjumpa dengan pihak UAE lagi supaya dapat tambah tenaga pengajar dari negara Arab. Insya ALLAH, ianya akan diusaha dalam masa terdekat ini.

“Alhamdulillah, saya cukup kagum, saya terharu, saya bangga, saya cukup sayang dan saya cukup hormati institusi Maahad Tahfiz Negeri Pahang ini.

“Dengan berkat Allah SWT, saya percaya, tahun-tahun akan datang bersamalah kita tingkatkan lagi usaha untuk menentukan insititusi ini kekal di tahap yang terbaik sekali di Negeri Pahang dan negara Malaysia,” titah baginda.

Dalam pada itu baginda menzahirkan kesyukuran kokurikulum dari MTNP telah berkembang ke seluruh negara melalui Program Pra Tahfiz KEMAS.

Sementara itu, baginda turut bertitah sebanyak 190 pusat pengajian tahfiz swasta, pondok persendirian di Pahang perlu diberi perhatian dari aspek pembelajaran supaya dapat melahirkan para huffaz yang setara seperti MTNP dan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

#yp4u #yayasanpahang #mtnp #majlisanugerahcemerlang2024

Share this:

recommended

other category

The Wood Brothers Won't Ever Be Pinned Down The Wood Brothers Won't Ever

These two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 3
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 4
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 2
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down
Watch on YouTube

Aokmer Events

Office Address
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Phone No
09-518 1800
Email
ypahang@yp.org.my
Copywright © 2025 Yayasan Pahang. All rights reserved.