Education, Featured
January 23, 2026

RM9 Juta Diperuntuk Untuk Kebajikan Mahasiswa Anak Pahang Menerusi Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang (YP) terus memperkukuh komitmen membela kebajikan mahasiswa anak negeri dengan memperuntukkan RM9 juta melalui pelaksanaan Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) Kluster Siswa 2026.

Peruntukan tersebut yang meningkat RM1 juta berbanding tahun 2025 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan tiada anak negeri tercicir daripada arus pendidikan tinggi akibat kekangan kewangan.

YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran IM Pahang Kluster Siswa 2026 di UTM, Johor Bahru.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan berkenaan telah ditambah baik secara berperingkat sejak 2022, bermula RM200, meningkat kepada RM300 pada 2023 dan RM400 sejak 2025, serta dikekalkan bagi tahun 2026.

“Keseluruhan peruntukan berjumlah RM9 juta ini disalurkan kepada pelajar bagi meringankan bebanan kewangan sepanjang tempoh pengajian, khususnya dalam mendepani peningkatan kos sara hidup dan harga barangan,” katanya.

Senyuman penerima bantuan IM Pahang Kluster Siswa 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026 di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Bagi tahun 2026, seramai kira-kira 20,000 mahasiswa anak Pahang yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM400 seorang, melibatkan institusi pengajian tinggi terpilih di seluruh negara.

Selain bantuan IM Pahang Kluster Siswa, Kerajaan Negeri melalui YP turut menyediakan pelbagai sokongan pendidikan lain termasuk Geran Bantuan Pelajaran one-off sebanyak RM700 kepada pra siswazah dan RM1,200 kepada pasca siswazah, di samping kemudahan pinjaman pendidikan serta biasiswa seperti Skim Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) dan Skim Pelajar Cemerlang (SPC).

YAB Menteri Besar Pahang berinteraksi bersama mahasiswa anak Pahang sempena Pelancaran IM Pahang Kluster Siswa 2026 di UTM, Johor Bahru.

Dalam perkembangan sama, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy berkata, kadar bantuan one-off kepada mahasiswa anak Pahang berpotensi untuk ditambah pada masa hadapan, tertakluk kepada keupayaan kewangan negeri.

“Insya-Allah, berdasarkan trend pengurusan kewangan negeri yang semakin baik, kita akan terus menambah baik bantuan dan mengembalikannya kepada rakyat, khususnya pelajar,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang beramah mesra bersama mahasiswa pada Majlis Pelancaran IM Pahang Kluster Siswa 2026.

Kerajaan Negeri Pahang akan terus meletakkan kebajikan mahasiswa sebagai agenda utama dalam melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi ke arah membina Pahang yang lebih makmur dan sejahtera.

Share this:

recommended

other category

The Wood Brothers Won't Ever Be Pinned Down The Wood Brothers Won't Ever

These two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them

Aokmer Events

Office Address
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Phone No
09-518 1800
Email
ypahang@yp.org.my
Copywright © 2025 Yayasan Pahang. All rights reserved.