22 Januari, Kuantan – Menerima kunjungan hormat daripada Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai oleh YBhg Dr. Muhammad Hilmi Jalil dan 3 orang penyelidik berkaitan program Tafaqquh Fiddin Negeri Pahang (TFD) dan Baitul Hikmah di penjara.
Tujuan kunjungan hormat ini ialah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan program keagamaan yang dijalankan oleh Yayasan Pahang (YP) di penjara Penor, Pahang.
Melalui perkongsian maklumat ini, UKM berharap dapat menyediakan input / cadangan untuk menambahbaik program keagamaan yang dijalankan di semua penjara di Malaysia.
Program TFD yang adalah kolaborasi Kerajaan Negeri Pahang melalui YP dan Jabatan Penjara Pahang adalah program belajar agama termasuk kelas membaca al Quran di kalangan penghuni penjara yang beragama Islam sepanjang mereka menjalani hukuman penjara. Sementara program Baitul Hikmah pula adalah program hafazan Al-Quran.
Semoga sinergi antara YP-UKM dapat memberi manfaat kepada penghuni penjara di seluruh negara!
#yp4u #yayasanpahan #ukm #tfd
