19 Jun, Kuantan: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Yayasan Pahang Plantation Holdings Sdn. Bhd. (YPPH) telah berlangsung di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, meraikan kecemerlangan dan kesetiaan warga kerja.
Seramai 12 penerima Anugerah Kesetiaan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun, Anugerah Khidmat Cemerlang pula disampaikan kepada 14 penerima melibatkan kategori sokongan, eksekutif, profesional dan pengurusan serta 7 kategori Anugerah Ladang Terbaik.
Majlis disempurnakan oleh Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang merangkap Pengarah Urusan YPPH. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPPH, Dato’ Muhammad Fairuz Kamal Mat Noh yang turut menyampaikan beberapa anugerah kepada penerima.
Majlis ini bukan sahaja meraikan jasa dan sumbangan kakitangan, malah menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang secara konsisten dan berintegriti dalam memperkasakan sektor perladangan milik Yayasan Pahang.
#yp4U #yayasanpahang #ypph #anugerah #anugerahkecemerlangan #anugerahsetia
