22 November, Kuantan – Tahniah kepada empat sekolah yang berjaya mencapai sasaran lebih daripada 90% murid boleh membaca bagi sesi persekolahan 2023 seterusnya menerima insentif kecemerlangan bernilai RM2,000 daripada YP.
Sekolah tersebut adalah SK Janda Baik, Bentong, SK Teluk Sentang, Temerloh, SK LKTP Tekam Utara, Jerantut dan SK Felda Sg. Koyan. Lipis. Penyampaian insentif ini disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Encik Amzan Abd Malek berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur pagi tadi sempena Dialog Prestasi Baca Cepat Kawanku (BCK).
Dialog diadakan bertujuan melaporkan prestasi dan pembentangan program pecutan akhir oleh 12 buah sek yang benaung di bawah program BCK demi memastikan semua sekolah mencapai sasaran 90% murid boleh membaca atau sekurang-kurangnya mampu menguasai konstruk 4 BCK.
Turut hadir dalam dialog yang julung kali diadakan ini adalah guru besar dan penyelaras di peringkat sekolah serta pegawai meja projek BCK dari setiap Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Negeri Pahang.
Program BCK yang dimulakan pada tahun 2018 bertujuan membantu murid-murid sekolah rendah untuk mengenal huruf dan membaca seawal Tahun 1 supaya murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.
Murid akan dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh guru BCK menggunakan Modul BCK yang mengandungi 12 konstruk iaitu Konstruk 1 hingga Konstruk 12.
BCK pada kali ini memberi fokus kepada 14 sekolah murid Orang Asli di lima daerah iaitu Lipis, Maran, Jerantut, Temerloh dan Bentong.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan strategik YP iaitu JPNP kerana telah bersama-sama membantu menjayakan program ini dengan cemerlang sejak lima tahun lalu.
#yp4u #yayasanpahang #jpnp #ppd #bck
