6 Disember – Hari Jumaat yang penuh barakah dimeriahkan dangan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh YP Hevea Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang (YP) yang bergiat aktif dalam aktiviti keterjaminan makanan.
Kali ini, 90kg sawi bunga dan pak choi diagihkan kepada kawasan kejiranan Kompleks Yayasan Pahang (YP) iaitu kepada jemaah Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Peramu dan Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) selain Drug Intervention Centre (DIC).
Ini adalah hasil tuaian kedua tanaman hidroponik yang diusahakan oleh YP Hevea di Rumah Hijau (Greenhouse) yang terletak di kawasan Kampus MTNP.
Aktiviti penuaian sayuran fertigasi kali ini mendapat kerjasama daripada pensyarah dan mahasiswa/i Diploma Perladangan UCYP Universiti.
Semoga Rumah Hijau YP Hevea terus subur untuk memberi banyak lagi manfaat kepada Masyarakat!
#yp4u #yayasanpahang #yphevea #rumahhijau
