21 Disember, Melaka – Produk YP Retort telah dipilih oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang bagi mewakili kerajaan Negeri Pahang ke Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 di MITC, Melaka pada 20-22 DISEMBER 2024.
YP Retort mempromosikan produk retort inovatif yang menawarkan kemudahan serta ketahanan dalam penyimpanan makanan halal berkualiti.
Acara ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang dan YH Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) yang memberi sokongan penuh terhadap usaha mempromosikan produk halal dari negeri Pahang ke pasaran antarabangsa.
Sementara itu, YP penuh yakin penyertaan produk YP Retort ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan dan kerjasama antarabangsa seterusnya memperkukuhkan produk YP Retort di pasaran global.
#yp4u #yayasanpahang #Ypretort #YPHevea #MIHF2024 #Produkhalalretort
