Education
November 26, 2025

704 Pelajar SPM, STPM, STAM 2023 Anak Pahang Terima Insentif Kecemerlangan

24 Disember, Raub – Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail hadir menyampaikan insentif kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 Negeri Pahang bertempat di Dewan Titiwangsa, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub petang tadi.

Majlis kali kedua ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) membabitkan 704 pelajar terdiri daripada 578 pelajar SPM yang memperoleh ‘straight A’, 106 pelajar STPM yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan 20 pelajar STAM yang mencapai Mumtaz Sofi/ ‘straight Mumtaz’ pada peperiksaan 2023. Semua pelajar menerima wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.

Selain itu, sejumlah 53 sekolah turut menerima penghargaan apabila berjaya mencatatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam serta menyumbang kepada kejayaan negeri di peringkat nasional.

Daripada jumlah itu, sebanyak 47 sekolah terpilih menerima Anugerah Khas peperiksaan SPM menerusi beberapa kategori yang telah ditetapkan.

Sejumlah 12 sekolah kategori Sekolah Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 2.0

dan Sekolah Lonjakan Gred Purata Sekolah (GPS) melebihi 1.0 bagi peperiksaan SPM masing-masing menerima wang tunai RM3,000 bagi setiap sekolah.

Mendahului senarai adalah Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basyirah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong.

Turut menerima insentif berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (LKTP) Jengka 6, SMK (P) Methodist, SMK Chini Timur, SMK Sega dan SMK Seri Pelangai.

Sejumlah 35 sekolah lagi menerima wang tunai RM2,000 setiap sekolah bagi kategori Sekolah Lonjakan Layak Mendapat Sijil (LMS) melebihi 5%. Antara penerimanya ialah SMK (Felda) Lurah Bilut, SMK (LKTP) Jengka 10, SMK Bukit Goh, SMK Bukit Mendi, SMK Chung Jwa, SMK Damak, SMK Kemayan, SMK Khai Mun, SMK Padang Piol, SMK Selendang, SMK Teluk Cempedak, SMK Triang Tiga, SMK Lepar Hilir dan SMK Ubai.

SMK Dong dan SMK Jerantut pula menerima RM3,000 bagi kategori Sekolah yang memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) melebihi 3.50 peringkat STPM. SMK Dong turut menerima wang tunai RM3,000 sebagai penerima bagi kategori Pencapaian Sekolah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 Paling Ramai.

SMK Sulaiman dan SMK Agama Pahang turut menerima wang tunai RM3,000 setiap sekolah bagi kategori Pencapaian Sekolah 100% Calon 4P.

SMK Al-Maarif diumumkan sebagai penerima tunggal RM3,000 selepas diumumkan penerima bagi kategori Sekolah Terbaik STAM Negeri dan ketiga STAM Kebangsaan

Pelajar Orang Asli dari SMK Sulaiman, Jazlin a/p Jusoh menerima wang tunai RM1,500 selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Murid Cemerlang Kebangsaan (Orang Asli).

Jumlah keseluruhan peruntukan bagi pemberian insentif daripada Kerajaan Negeri Pahang pada kali ini berjumlah hampir RM1 juta.

Pencapaian yang diperolehi pelajar dan sekolah ini ternyata berjaya membantu meningkatkan momentum kecemerlangan SPM dan STPM bagi negeri Pahang untuk terus kekal dan telah kembali berada di tangga tiga teratas peringkat kebangsaan berdasarkan keputusan SPM 2023 yang lalu.

Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil kerjasama YP dan rakan strategiknya Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) yang telah mempersiapkan pelajar dengan pelbagai program termasuk program Jawab Untuk Jaya (JUJ) dan Pogram intervensi Semua Subjek A (PiSSA) yang begitu sinonim dengan bagi melahirkan pelajar cemerlang peringkat SPM.

Selain itu, YP turut memberi tumpuan kepada Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) yang memberi fokus kepada kecemerlangan semua anak yatim manakala Program Peningkatan Murid Asli (PEDULI) membantu pelajar Orang Asli meneruskan pengajian selepas tamat SPM.

Turut hadir pada majlis berprestij itu adalah Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal dan Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja YP dan JPNP serta semua pelajar juga ibu bapa yang telah berjaya membuktikan komitmen mereka dalam memartabatkan pendidikan Negeri Pahang!

#yp4u #yayasanpahang # mtnp #jpnp #spmstpmstam2023

Share this:

recommended

other category

The Wood Brothers Won't Ever Be Pinned Down The Wood Brothers Won't Ever

These two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 3
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 4
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 2
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down
Watch on YouTube

Aokmer Events

Office Address
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Phone No
09-518 1800
Email
ypahang@yp.org.my
Copywright © 2025 Yayasan Pahang. All rights reserved.