Community
November 26, 2025

Alumni PETAMA: Shahrol Wizan Dilantik Ahli Dewan Negara

13 Mei, Dewan Negara, Kuala Lumpur – Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) anjuran Yayasan Pahang mencipta sejarah apabila alumninya Shahrol Wizan Sulong, 45, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Negeri Pahang.

Pelantikan beliau diluluskan dalam sidang Dewan Negeri Pahang pada 24 April lalu dan berkuat kuasa mulai tarikh beliau mengangkat sumpah sebagai senator.

Berasal daripada suku Jahut, anak jati Kampung Penderas, Kuala Krau dekat Temerloh ini dikenali ramai sebagai pendakwah aktif serta tokoh masyarakat Orang Asli di Pahang.

Beliau juga merupakan Pengerusi dan Imam Kampung Orang Asli Penderas, pernah menerima Anugerah Perkampungan Orang Asli Islam Terbaik Peringkat Negeri Pahang sempena sambutan Maal Hijrah 1442H, hasil kepimpinan cemerlangnya dalam memperkasa komuniti setempat.

Dari segi akademik dan pembangunan diri, YB Shahrol memiliki Sijil Pengajian Islam dan Dakwah daripada Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Kelantan pada tahun 2005.

Beliau seterusnya menyambung pengajian dalam bidang kemasyarakatan dan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam Perkhidmatan Masyarakat Asli melalui program PETAMA di Universiti College Yayasan Pahang (UCYP) pada tahun 2018.

Bermula sebagai Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PEPIMA) sejak tahun 2014 di bawah kelolaan Yayasan Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Sejak tahun 2023, beliau dilantik sebagai Ketua Umum PEPIMA dan kini memimpin organisasi tersebut melalui Qiadah PEPIMA, membantu masyarakat Orang Asli, khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Pendakwah Orang Asli Malaysia (PENDOA Malaysia)

Pelantikan YB Shahrul Wizan yang lebih dikenali sebagai Ustaz Awang sebagai Senator bukan sahaja mengangkat suara masyarakat Orang Asli ke peringkat nasional, malah bukti kejayaan program PETAMA dalam melahirkan pemimpin berwibawa.

#yayasanpahang #yp4u #ucyp #petama

Share this:

recommended

other category

The Wood Brothers Won't Ever Be Pinned Down The Wood Brothers Won't Ever

These two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 3
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 4
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down 2
Watch on YouTube
The Wood Brothers Won’t Ever Be Pinned Down
Watch on YouTube

Aokmer Events

Office Address
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Phone No
09-518 1800
Email
ypahang@yp.org.my
Copywright © 2025 Yayasan Pahang. All rights reserved.