Community, Featured
January 29, 2026

YP Bawa Agenda ESG Pahang ke Pentas Antarabangsa di GO ESG 2026

Yayasan Pahang (YP) terus memperkukuhkan agenda kelestarian global melalui penglibatan dalam persidangan antarabangsa GO ESG 2026 di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Komitmen YP diterjemahkan menerusi penyertaan empat pegawai sebagai delegasi ke persidangan terbabit yang bertemakan ‘The Future We Build’.

Majlis perasmian persidangan berprestij itu telah disempurnakan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Dalam ucapan perasmian, Arthur menegaskan kepentingan pengintegrasian elemen Environmental, Social and Governance (ESG) sebagai teras utama dalam memastikan daya tahan ekonomi serta kelestarian alam sekitar negara.

Menerusi persidangan itu, delegasi YP turut berpeluang menimba ilmu dan perkongsian strategik daripada barisan panel pakar antarabangsa.

Penyertaan dalam platform global seperti ini mencerminkan komitmen berterusan YP untuk memastikan setiap inisiatif pendidikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan selari dengan prinsip tadbir urus yang baik, selain memberi impak sosial yang positif serta mampan demi menjamin masa depan generasi akan datang khususnya untuk rakyat Pahang.

#Pahang1st #YayasanPahang #YP4U #GOESG2026 #MemartabatkanMasyarakat

Share this:

recommended

other category

The Wood Brothers Won't Ever Be Pinned Down The Wood Brothers Won't Ever

These two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them two stars have been part of each other’s stories for two decades. They sit down and go deep on songwriting, staying grounded, and the scenes that made them

Aokmer Events

Office Address
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Phone No
09-518 1800
Email
ypahang@yp.org.my
Copywright © 2025 Yayasan Pahang. All rights reserved.