
UCYP University menawarkan peluang kemasukan ke program ijazah sarjana muda dengan jaminan penempatan kerja selepas tamat pengajian, selaras dengan komitmen universiti dalam melahirkan graduan berkemahiran serta memenuhi keperluan industri semasa. Program yang ditawarkan menggabungkan pengajian Ijazah Sarjana Muda bersama pensijilan profesional dan kompetensi, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan.
UCYP University turut diiktiraf sebagai Universiti Swasta ke-24 terbaik di Malaysia menerusi AppliedHE Private University Ranking All Asia 2026. Selain itu, bantuan sara hidup dan pendidikan disediakan kepada pelajar yang layak, manakala pelajar lepasan Diploma dengan PNGK 3.50 ke atas layak menerima potongan yuran pengajian antara 20 hingga 50 peratus. Graduan juga diberikan jaminan penempatan kerja selepas menamatkan pengajian.
Pendaftaran bagi ambilan Februari 2026 akan bermula pada 2 Februari 2026. Individu yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran dengan mengisi borang dalam talian melalui pautan berikut:
https://form.jotform.com/242300635768457?referral=yp
