Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) membuka peluang kepada anak-anak negeri Pahang yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi Sesi Januari 2026. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta diluluskan oleh Yayasan Pahang.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dalam memartabatkan pendidikan dan melahirkan modal insan berkualiti demi masa depan negeri. Sehubungan itu, para pelajar yang memenuhi syarat digalakkan untuk mengambil peluang ini dan membuat permohonan sebelum tarikh tutup.
Maklumat lanjut berkaitan syarat dan permohonan boleh didapati di www.yp.org.my.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Januari 2026 (Rabu).
#yp4u #yayasanpahang #pinjamanpendidikanyp #ipta #ipts
