21 Jan, Busan, Korea – Tahniah pasukan robotik SK Permatang Keledang, Pekan, Pahang yang berjaya meraih emas dalam kategori Robotik Inovasi Sekolah Rendah (10-13 tahun) dalam 26th IRO 2024/2025 yang berlangsung di Busan, Korea Selatan.
Sekolah berkenaan diwakili oleh tiga murid Orang Asli iaitu Fizrey Rovince A/L Ronachai, Hafiezie A/L Azwanizizi dan Matthew Jambai A/L Karong bersama SK Kampung Layau (Johor) dan SK Sri Permai (Kelantan).
Pasukan yang dibimbing oleh dua guru iaitu Cikgu Mohd Zulkhairi Umar dan Cikgu Wan Rahmat Wan Ismail ini bertanding bermula 17 – 21 Januari di Busan, Korea Selatan ini merupakan sekolah Orang Asli tunggal yang menyertai pertandingan tersebut. Malah pasukan ini juga terkenal di kalangan pihak lawan sebagai antara pasukan yang memberi saingan hebat pertandingan robotik peringkat kebangsaan.
Yayasan Pahang selaku penaja bersama mengucapkan tahniah dan berharap agar pasukan robotik SK Permatang Keledang boleh terus mengharumkan nama Negeri Pahang dan Malaysia… Terus maju!
PAHANG BOLEH!!
KAM BOLEH!!!!
(Bahasa Asli Jakun)
#yp4u #yayasanpahang #SKPermatangKeledang #Robotik #IRO2025
