25 November, Kuantan – 120 kilogram kangkung segar diserahkan kepada pengurusan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) oleh YP Hevea Sdn. Bhd. pagi tadi untuk dijadikan hidangan kepada pelajarnya.
Ini adalah hasil tuaian pertama tanaman hidroponik yang diusahakan oleh YP Hevea, anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang (YP) yang bergiat dalam bidang pertanian di Rumah Hijau (Greenhouse) yang terletak di kawasan Kampus MTNP.
Aktiviti yang dimulakan sejak awal November lalu membabitkan kapisiti tanaman dengan 3,600 bekas menggunakan kaedah hidroponik, bebas racun, dibaja secara organik, mesra alam dan efisien. Lain-lain tanaman yang diusahakan di Rumah Hijau ini selain kangkung adalah sawi dan pak choi yang dijangka boleh dituai pada Disember ini.
Penyerahan sayur dilakukan oleh Pemangku Pengurus Besar YP Hevea, Encik Mohd Khairul Izwan Mohd Zan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Tuan Haji Mohd Lafzul Muda.
Semoga Rumah Hijau ini mengeluarkan lebih banyak hasil seterusnya membolehkan YP Hevea menerajui industri pengeluaran sayuran terbesar suatu masa nanti!
#yp4u #yayasanpahang #yphevea #mtnp #hidroponik
